Tuberkulosis (TB)

Apakah penyakit TB?
Penyakit TB disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria yang bernama ‘Mycobacterium tuberculosis’. Ia juga dikenali sebagai Batuk Kering. Ia disebarkan melalui udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk.
  1. Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti.
  2. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai (pulmonary tuberculosis) TB Pulmonari.
  3. Boleh dikatakan, semua organ di dalam badan boleh dijangkiti termasuk otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit.
Satu pertiga dari penduduk diseluruh dunia dijangkiti batuk kering di mana 8.9 hingga 9.9 juta kes dilaporkan dan pada tahun 2008, TB membunuh 5,000 orang setiap hari di seluruh dunia.
Pada tahun 2010, kadar insiden TB di seluruh dunia ada 82 per 100,000 penduduk, sementara di Malaysia adalah 68 per 100,000 penduduk.
Gejala-gejala
Apakah gejala TB?
  • Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih
  • Batuk berdarah
  • Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam
  • Hilang selera makan atau turun berat badan
  • Sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam
  • Mudah letih dan lemah
  • Serak suara
Apakah perlu saya lakukan sekiranya mempunyai gejala-gejala tersebut?
Sekiranya ada, anda perlu dapatkan pemeriksaan:
  • Ujian kahak yang dilakukan di klinik kesihatan atau hospital
  • X-ray dada
Pengesahan penyakit dan rawatan batuk kering terdapat di mana-mana klinik kesihatan dan hospital kerajaan.
Komplikasi
Adakah penyakit TB merbahaya?
Sekiranya tidak dikesan pada peringkat awal, ia boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Rawatan
Adakah penyakit TB boleh sembuh dan apa rawatannya?
Ya, ia boleh sembuh. Rawatan batuk kering di Malaysia menggunakan sistem Directly Observed Therapy, short course (DOTS) yang diiktiraf oleh World Health Organization. Ia bermaksud ubat diambil di bawah pengawasan petugas kesihatan dalam tempoh tertentu.
  • Rawatan perlu diambil selama 6 hingga lapan bulan
  • Ubat hendaklah diambil di bawah pengawasan petugas kesihatan terlatih sepanjang rawatan
  • Rawatan harian untuk 2 bulan pertama diikuti 2 kali seminggu selama 4 hingga enam bulan
  • Sekiranya rawatan diikuti sepenuhnya pesakit dapat sembuh
Pencegahan
Bagaimana saya boleh mencegah penyakit TB?
Terdapat beberapa cara pencegahan:
  1. Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak daripada batuk kering. Ia diberikan semasa bayi dan murid darjah 1 sekiranya tiada parut suntikan.
  2. Mendapat rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih.
  3. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat pemeriksaan lanjut.
  4. Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia dapat membunuh bakteria di udara.
  5. Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik
  6. Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.

ALTERNATIF SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK BANTUPESAKIT TIBI

Ada beberapa vitamin yang boleh di syorkan kepada pesakit Tibi antaranya ;

PENYAKIT TIBI | KAEDAH RAWATAN DAN PENCEGAHAN


> Resveratrol yang terkandung di dalam vivix mampu mengurangkan inflamasi atau keradangan dan membersihkan saluran pernafasan.
> Resveratrol telah terbukti mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor paru-paru.
> Ia juga membantu meningkatkan imunisasi tubuh.


PENYAKIT TIBI | KAEDAH RAWATAN DAN PENCEGAHAN

> Membantu meningkatkan imuniti tubuh dengan mendorong penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh.
> Ia mampu mengurangkan / mengelakkan simptom alergi.


PENYAKIT TIBI | KAEDAH RAWATAN DAN PENCEGAHAN

> Ia membantu untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan melawan infeksi bakteria.


PENYAKIT TIBI | KAEDAH RAWATAN DAN PENCEGAHAN

> Membantu meningkatkan pertahanan tubuh terhadap alergi untuk pesakit asrama atau infeksi paru-paru.


PENYAKIT TIBI | KAEDAH RAWATAN DAN PENCEGAHAN

> Omega 3 mampu mengurangkan inflamasi dan keradangan.
> Ia mampu mengurangkan serangan asthma dan membersihkan saluran pernafasan.


PENYAKIT TIBI | KAEDAH RAWATAN DAN PENCEGAHAN

> Menggalakkan fungsi imun dan fungsi pemulihan 


PENYAKIT TIBI | KAEDAH RAWATAN DAN PENCEGAHAN

> Melindungi tisu paru-paru dan membekalkan oksigen kepada sel


PENYAKIT TIBI | KAEDAH RAWATAN DAN PENCEGAHAN

> Penting untuk pemulihan tisu paru-paru

0 comments:

Post a Comment

Facebook Link

Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Followers

Jom Chat

Popular Posts

Recent Posts

Jumlah view

Copyright © Boleh makan untuk kurus | Powered by Blogger
Design by Viva Themes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com