Asma

Apa itu asma?
Asma adalah penyakit alahan yang mengganggu saluran udara (bronkus). Ketika berlaku tindak balas alahan, bronkus menjadi sempit dan dipenuhi lendir. Ini menyebabkan kesesakan nafas. Serangan asma boleh menakutkan anak kerana perasaan lemas menyebabkan anak panik dan ini membuat pernafasan semakin sukar.
Punca awal menyebabkan alahan, iaitu alergen seperti debunga atau habuk rumah, yang biasanya dibawa oleh angin. Bagi anak menghidap asma, tekanan emosi dan senaman boleh menyebabkan serangan.
Asma biasanya menyerang kanak-kanak berumur dua tahun ke atas. Keadaan ini biasanya masalah keturunan dan disusuli penyakit alahan lain seperti ekzema. Namun, kebanyakan kanak-kanak pulih semakin umur meningkat.
Kebanyakan bayi berumur kurang satu tahun mempunyai bunyi nafas berdehit jika menghidap bronkitis. Ini berlaku apabila saluran udaranya yang kecil menjadi radang.
Adakah keadaan ini serius?
Serangan asma mungkin menakutkan tetapi jika diberi ubat dan nasihat doktor diikuti, anak anda tidak akan menghadapi kerumitan.
Tanda-tanda
1. Sesak nafas
2. Rasa lemas
3. Bunyi nafas yang berdehit
4. Batuk yang berterusan
5. Bibir kelihatan biru (sianosis) disebabkan kekurangan oksigen
Tindakan perlu dilalukan?
Segera bawa anak berjumpa doktor apabila mengalami asma. Jika ia berlaku ketika anak tidur, dudukkan dan sokong belakangnya dengan bantal. Anda juga boleh tundukkan anak di atas kerusi dan lengannya diletakkan pada belakang kerusi supaya beban pada dadanya diringankan. Ini membolehkan otot dada mengeluarkan udara dengan lebih cekap.
Cuba bertenang kerana keresahan hanya membuat anak anda lebih takut. Ketika menunggu doktor, cuba alihkan perhatian anak kepada benda lain, misalnya nyanyikan lagu bagi membantu anak melupakan keadaan nafasnya yang berdehit.
Apakah tindakan doktor?
Doktor mungkin mengesyorkan penggunaan bronkodilator untuk membuka bronkus dengan mengendurkan otot. Dadah ini disedut terus dalam bronkus. Serangan yang teruk mungkin memerlukan rawatan hospital dan dos lebih tinggi diberikan secara sedutan atau titisan intravena.
Jika ada tanda jangkitan dada, antibiotik mungkin disyorkan. Doktor akan menerangkan cara menghalang serangan akan datang dan mungkin menentukan alergen sama ada melalui ujian bagi alergen tertentu seperti debunga dan habuk rumah.
Doktor akan memberi bekalan kecil dadah bronkodilator, sama ada dalam bentuk cecair atau kapsul untuk dimasukkan ke dalam penyedut. Ini harus diambil sebaik serangan bermula. Doktor akan menasihatkan anda supaya memberitahunya jika anak mengalami serangan teruk atau jika serangan tidak reda walaupun anak diberi dua dos bronkodilator.
Doktor mungkin mengesyorkan dadah steroid jika langkah lain tidak dapat menghalang serangan berikutnya. Dos steroid rendah mungkin perlu disedut tiga atau empat kali sehari atau jika tindakan ini tidak berkesan, dos lebih tinggi diberi dalam bentuk pil.
Bagaimana saya boleh membantu?
Jika doktor gagal menentukan alergen, cuba tentukan sendiri dan catat bila serangan berlaku dan waktunya. Pastikan rumah bebas daripada alergen biasa seperti kekabu selain gunakan pembersih vakum untuk membersihkan habuk di rumah.
Kebanyakan pesakit asma alah terhadap haiwan. Jika anda memelihara haiwan kesayangan, minta bantuan rakan menjaganya selama beberapa minggu bagi menentukan sama ada kekerapan serangan asma anak anda berkurangan.
Pastikan anak membawa ubat setiap masa. Maklumkan kepada pihak berkuasa sekolah mengenai kemungkinan serangan ini berlaku dan rujuk kepada pakar fisioterapi supaya anak anda boleh mempelajari cara bernafas untuk membantunya menenangkan diri ketika berlaku serangan.
Galakkan anak duduk atau berdiri tegak supaya paru-parunya mempunyai lebih ruang. Jangan biarkan anak menjadi terlalu gemuk kerana ini membebankan paru-paru.
Senaman ringan membantu pernafasan anak tetapi latihan berat boleh membawa kepada serangan asma.

SHAKLEE dapat membantu?

minyak ikan shaklee mencegah penyakit asma
Salah satu kebaikan Omega Guard Shaklee membantu menangani penyakit asma. Menurut satu kajian yang dijalankan di Indiana University, mendapati golongan dewasa yang mempunyai tahap asma 'mild to moderate persistent asthma', yang mengambil suplemen Omega-3 setiap hari dalam masa 3 minggu menunjukkan pengurangan penggunaan 'emergency inhaler' sebanyak 31%Ini menunjukkan mereka tidak lagi terlalu bergantung pada ubat sedutan yang mempunyai steroid itu.
Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut. Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan.
.
Hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan. Ini memberi gambaran bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil. 

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya. Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA)Omega-3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya.

Omega Guard Shaklee Minyak Ikan Terbaik di Dunia
Terdiri daripada 7 Asid Lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Elcosa Pentaenoic Acid),DHA (Docosa Hexaenoic Acid), EDA  menyihatkan jantung & sendi, manakala DHA penting bagi perkembangan & fungsi otak. Omega Guard dihasilkam melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan Asid Lemak Omega 3 yang bermanfaat & semulajadi, disamping menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum & merkuri yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan. Satu hidangan Omega (3biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.

Saya menyeru kepada ibu bapa di dalam dunia ini untuk memberikan Omega Guard Shaklee kepada anak mereka yang menghidap asma. Ini adalah langkah pertama untuk mengurangkan penggunaan inhaler sekaligus dapat hidup tanpanya suatu hari nanti. Tiada inhaler tiadalah steroid. Insyallah Omega Guard Shaklee membantu menangani penyakit asma anak anda.

0 comments:

Post a Comment

Facebook Link

Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Followers

Jom Chat

Popular Posts

Recent Posts

Jumlah view

Copyright © Boleh makan untuk kurus | Powered by Blogger
Design by Viva Themes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com